1) Tidak mengambil langsung atau elakkan daripada mengambil makanan ringan terutamanya makanan bertepung atau mengandungi gula tinggi. Makan setiap tiga jam tapi kenalah menjaga keseimbangan jumlah kalori.
2) Hadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, kentang, ubi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ini bukan bererti langsung tidak boleh mengambil makanan yang berkarbohidrat. Ini kerana badan memerlukan tenaga daripada karbohidrat untuk proses metabolisme dalam badan.
3) Kurangkan makanan daripada sumber protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging.
4) Sentiasa berdisiplin dalam mengatur pola pemakanan dan senaman. Masukkan menu makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan. Dengan mengambil sayuran, ia membuatkan cepat kenyang dan rendah kalori.
5) Amalkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti betik, belimbing, jambu, epal terutamanya sebelum waktu makan.
6) Kurangkan mengambil buah-buahan yang manis seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Ini kerana buah-buahan ini mengandungi banyak fruktosa yang akan menjadi glukosa dalam darah.
7) Untuk mengurangkan rasa lapar, banyakkan minum air putih. Elakkan minum air manis. Mintalah air kosong dari tuan rumah ye.
8) Luangkan masa selama ½ -1 jam untuk melakukan senaman terutamanya regangan. Ini membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal, badan sentiasa sihat dan segar.
No comments:
Post a Comment