Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas
untuk panduan muslimin dan muslim :
Air zam-zam
AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan
keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini
diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk
sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak
khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi
Muhammad SAW bermaksud:
Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air
zamzam. Padanya ada makanan yang
menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Garam galian Kristal Hunza
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat
Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera oleh Dr.
Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir dan
digabungkan dengan kajian ke atas konsep garam
sunah menghasilkan dapatan yang sangat
menakjubkan.
Gabungan amber (resin/getah) spesies pine
cypress (spesies bahtera Nuh a.s) di Banjaran
Ararat Turki dan mineral garam kristal yang
ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di
kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu
fenomena dalam mencerna suatu makna baru
dalam konsep air minuman yang wajar kita
manfaatkan.
Habbatus Sauda’
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis
yang sangat masyhur dalam perubatan Islam.
Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan
Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya
terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-
saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang
air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kaji
an oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains
Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak
digalakkan memakan lebih banyak buah kurma
kerana ia memberi khasiat dari segi proses
pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-
kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan
memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan
risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis. Ia meransang
kesihatan wanita yang hamil dan anak yang
dikandung, memudahkan wanita bersalin dan
memberi tenaga tambahan.
Madu
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69
bermaksud; “ Dengan itu keluarlah minuman
(madu) yang berlainan warnanya dari dalam
badannya yang mengandungi penawar yang
menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran
mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh
penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,
mineral, protein, antiseptic dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental.
Madu mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,
karbon, magnesium, potassium, kuprum, silica dan
lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan
fizikal dan mental. Rasulullah bersabda; “Siapa
ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan
madu” Diriwayatkan dalam kitab Shahih Muslim
bahwa Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah
tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar
Kakbah tanpa makan-minum, selain Zamzam.
“Siapa yang telah memberimu makan?” Jawab Abu
Dzarr, “Saya tidak punya apa-apa kecuali air
Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya
gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr
menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau
lemah karena lapar, dan tak menjadi kurus”.
Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan:
”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung
gizi”.
Za’faran (saffron)
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur
menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan
ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan
Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa
yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan
su’di satu bahagian dicampur dengan madu
diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka
dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan
sihir”.
Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun
dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana
minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ”
Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun,
melapangkan perut, mengeluarkan cacing,
menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan
uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam
badan.
Delima
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan
bahagian isinya kerana buah ini berfungsi
membersihkan perut” Buah delima baik untuk
kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk
mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan
stamina. Berguna mengubat radang usus,
mencegah muntah, mengurangi panas dan
mengatasi jantung berdebar.
Buah Tiin
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin
dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi
banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin)Ia
boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu
karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah
yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi
sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa,
membersihkan kahak dan melancarkan buang air
kecil.

No comments:
Post a Comment