Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan syaitan atau jin. Jin dan syaitan tidak akan membantu manusia melainkan manusia sanggup melakukan kederhakaan kepada Allah seperti membuat perkara-perkara syirik atau skurang-kurangnya menghina al-Quran atau agama Islam.
Sihir ialah satu perkara yang luarbiasa atau menyalahi adat. Ia dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.
Sihir hanya akan berlaku sekiranya ada persepakatan di antara manusia dengan jin atau syaitan. Ia biasanya digelar dengan nama ilmu hitam kerana tujuannya adalah untuk kejahatan. Jin atau syaitan tidak akan bekerjasama dengan manusia melainkan atas dasar kejahatan !
Kejahatan yang dimaksudkan ialah untuk menganaiya manusia atau mendatangkan kemudharatan kepada sesiapa yang dikehendaki. Sihir akan berleluasa apabila wujudnya sifat dengki, irihati, dendam kesumat ke atas orang lain sesuai dengan sifat jin dan syaitan yang sukakan pergaduahan dan perbalahan di kalangan manusia.
Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi, sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.
Sheikh Wahid Abdul Salam al-Baly dalam kitabnya "Wiqayah al-Insan Min al-Jin wa al-Syaitan
وقاية الإنسـان من الجن والشــيطان" menjelaskan bahawa sihir ialah hasil kesepakatan di antara penyihir dan syaitan. Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan-perbuatan yang diharamkam atau perkara yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan kepadanya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diingininya.
No comments:
Post a Comment