Monday, 30 September 2013

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?




Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
 Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 
 
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. 
 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. 
 
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." 
 
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. 
 
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).


Bukti Keunikan Air Zam Zam


Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air  zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.


1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.
4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah merncadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan. 
Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.


RAHSIA KEAJAIBAN MOLEKUL AIR DAN AIR ZAMZAM



Firman Allah S.W.T :“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Ujikaji diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

Punca Air Zamzam
Punca Air Zamzam

Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.

Di dalam bukunya iaitu "The Hidden Message in Water", Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang  boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah. Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.

Rasulullah saw, bersabda, "ZamZam Lima Syuriba Lahu," maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysiamembuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekananyang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapatiboleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

Molekul Air Zam Zam
Molekul Air Zam Zam

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan air zam zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air zam zam ini.

Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis. 

Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.

Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang.  Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..


Marilah kita menonton pula sedikit sedutan video berkaitan molekul air yang hebat ini terutamanya molekul air zam zam yang dijumpai oleh Profesor Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama :


Apakah pandangan anda? Marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH ini!
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Friday, 27 September 2013

Hukum Jual Beli Air Zamzam


Hukum berjualbeli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.

antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.  


Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:


Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mngenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :

اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”

Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

Wallahua'lam.

Thursday, 26 September 2013

Kita Amalkan Bersama

Doa Memohon Kesembuhan Dari Penyakit

9 MAKANAN SUNNAH YANG PERLU KITA AMALKAN




Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas
untuk panduan muslimin dan muslim :




Air zam-zam



AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan
keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini
diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk
sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak
khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi
Muhammad SAW bermaksud:
Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air
zamzam. Padanya ada makanan yang
menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Garam galian Kristal Hunza
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat
Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera oleh Dr.
Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir dan
digabungkan dengan kajian ke atas konsep garam
sunah menghasilkan dapatan yang sangat
menakjubkan.
Gabungan amber (resin/getah) spesies pine
cypress (spesies bahtera Nuh a.s) di Banjaran
Ararat Turki dan mineral garam kristal yang
ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di
kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu
fenomena dalam mencerna suatu makna baru
dalam konsep air minuman yang wajar kita
manfaatkan.

Habbatus Sauda’

Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis
yang sangat masyhur dalam perubatan Islam.
Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan
Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya
terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-
saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




Kurma



Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang
air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kaji
an oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains
Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak
digalakkan memakan lebih banyak buah kurma
kerana ia memberi khasiat dari segi proses
pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-
kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan
memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan
risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis. Ia meransang
kesihatan wanita yang hamil dan anak yang
dikandung, memudahkan wanita bersalin dan
memberi tenaga tambahan.




Madu



Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69
bermaksud; “ Dengan itu keluarlah minuman
(madu) yang berlainan warnanya dari dalam
badannya yang mengandungi penawar yang
menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran
mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh
penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,
mineral, protein, antiseptic dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental.
Madu mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,
karbon, magnesium, potassium, kuprum, silica dan
lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan
fizikal dan mental. Rasulullah bersabda; “Siapa
ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan
madu” Diriwayatkan dalam kitab Shahih Muslim
bahwa Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah
tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar
Kakbah tanpa makan-minum, selain Zamzam.
“Siapa yang telah memberimu makan?” Jawab Abu
Dzarr, “Saya tidak punya apa-apa kecuali air
Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya
gumpalan lemak di perutku” Abu Dzarr
menjelaskan, “Saya juga tidak merasa lelah atau
lemah karena lapar, dan tak menjadi kurus”.
Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan:
”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung
gizi”.




Za’faran (saffron)



Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur
menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan
ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan
Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa
yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan
su’di satu bahagian dicampur dengan madu
diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka
dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan
sihir”.
Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun
dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana
minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ”
Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun,
melapangkan perut, mengeluarkan cacing,
menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan
uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam

badan.



Delima



Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan
bahagian isinya kerana buah ini berfungsi
membersihkan perut” Buah delima baik untuk
kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk
mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan
stamina. Berguna mengubat radang usus,
mencegah muntah, mengurangi panas dan
mengatasi jantung berdebar.




Buah Tiin



Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin
dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi
banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin)Ia
boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu
karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah
yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi
sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa,
membersihkan kahak dan melancarkan buang air

kecil.


Thursday, 19 September 2013

RAHSIA RAWATAN BHATHAMIM


ü  Merawat imuniti yang rendah dan lemah dengan menggosok berkali-kali pada kayu tersebut. Dalam konteks ini, kita dapati bahawa penggunaan tasbih adalah merupakan cara paling praktikal untuk memperolehi manfaat kayu tersebut. Penggunaan tasbih jika digosok berulang kali, hab dan kepanasan yang keluar akan menghasilkan gelombang dan terus diekstrak melalui pernafasan dan kulit.

ü  Gosokan kayu cypress akan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh dan menghasilkan daya tahan tubuh dari penyakit (imuniti) sehingga 89 peratus.

ü  Kulit dan akar pokok cypress boleh digunakan sebagai penawar untuk penyakit gigi, barah gusi, kencing manis serta berupaya merawat ulser dan penyakit buah pinggang.

ü  Buah cypress  dapat menghilangkan sengatan. Apabila direndam di dalam air, maka air rersebut boleh digunakan untuk merawat penyakit batuk, menghilangkan kelembapan paru-paru (paru-paru sejuk) dan menambahkan air mani serta meningkatkan kualitinya.

ü  Merawat penyakit kencing manis (diabetes), penyakit barah gusi, sakit gigi, ulser dan penyakit buah pinggang.

ü  Boleh digunakan  untuk merawat penyakit akibat serangan angin ahmar serta mati sebelah badan , merawat demam, kancing gigi, penyakit kuning, buasir, sembelit dan masalah pundi kencing termasuk masalah prostat.

ü  Juga sangat baik untuk merawat masalah rambut gugur dengan cara meminum air rebusan kayu cypress, meningkatkan tenaga dan memperbaiki kehidupan seksual secara keseluruhan.

ü  Meningkatkan ketenangan dengan memperbaiki pengaliran darah ke otak, mengurangkan tekanan, darah tinggi , memperbaiki kualiti tidur dan mengatasi insomnia.

ü  Menjana sel-sel  baru secara drastic, menghalang penuaan (anti-aging), menjadi bahan antioksida yang berkesan dalam menentang radikal bebas (free radical) dan merawat penyakit kanser.


Khasiat Pengambilan Air Aura Mukmin


KOMBINASI UNIK GALIAN MINERAL AJAIB (GARAM KRISTAL HUNZA) , AIR ZAMZAM DAN SEJENIS GETAH DARI SPESIS POKOK BAHTERA  NABI ALLAH NUH A.S (AMBER CYPRESS) TERNYATA TELAH MENGHASILKAN SEJENIS MINUMAN YANG BAKAL MENCETUSKAN FENOMENA BARU DALAM TRADISI MINUMAN AIR KESIHATAN YANG AKAN MENYAKSIKAN BANTAK PENYELESAIAN DALAM MASALAH KESIHATAN UMUM MANUSIA HARI INI.

ü Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
ü Mengimbangkan tekanan dalam darah.
ü Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen  dalam badan.
ü Menguatkan struktur tulang (kalsium).
ü Kardiovaskular.
ü Angin ahmar, mingraine, kencing manis, darah tinggi, gout dan batu karang.
ü Kecantikan dan kesihatan kulit dalaman.
ü Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah.
ü Menganjalkan saluran darah.
ü Melarutkan sebarang gumpalan kalsium dalam darah.
ü Membekalkan zat mineral berbentuk ion yang seimbang.
ü Melaraskan kelancaran system saraf.
ü Membantu pembaharuan semula sel-sel.
ü Membantu pergerakan otot-otot usus.
ü Keseimbangan mineral mensinergikan system metabolic dengan lebih sempurna.
ü Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketidak seimbangan mineral.
ü Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna.
ü Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit.
ü Membantu menguatkan tenaga batin.