Friday, 13 December 2013

nak kurus? sila pilih cara yang semulajadi lebih selamat!


PIL Duromine boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa merujuk kepada doktor terlebih dulu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.
Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.
Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.
Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.
“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.
“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.
“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.
Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.
Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2nPcDpo00 
Hakcipta terpelihara 
 




Thursday, 28 November 2013

Haid Wanita – Perlukah Qadha Solat?

perlu qadha solat kerana haid


Kebanyakkan perempuan / wanita / muslimah ( wanita Islam ) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini…
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam… kenapa hal ini boleh terjadi ? ?
Contohnya yang paling MUDAH; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam; “adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” jawapan biasa mengatakan: “alaa …itu soalan mudah jee.. bila ‘datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee.. itulah yang kami belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu”
SebenarnyaTAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.
Dalam BAB TIGA:
” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…”
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID : Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, makabaginya wajib qadha solat zohor dan asar.
Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.
“Danhal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH:
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.
-SolatIsya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : KitabIhya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / DarulHaramLilTurath,
Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘FiqhulNisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


Monday, 25 November 2013

penyakit buasir


Sebenarnya petua ini tidak dapat dari mana-mana buku atau pendapat orang tua-tua, melainkan pengalaman sendiri jua. Jadi saya minta maaf jika anda ingin meminta rujukan dari mana-mana pihak. 

Namun Al-Hamdulillah, kesannya amat baik dan in sya Allah penyakit ini tidak akan berulang selagi kita mengamalkan petua ini. Ianya sudah saya ajarkan kepada beberapa orang yang mengadu kepada saya sakit buasir. Bila berjumpa kembali dan saya tanya kesannya, kata mereka al-Hamdulillah, penyakit itu sudah sembuh.



 

Caranya ialah, apabila kita buang air besar, maka cucilah dengan sabun mandi, dan cucilah juga dengan sabun kawasan dalam liang dubur secara perlahan-lahan sehingga bersih. Insya Allah dalam masa 2 minggu, kesan penyakit buasir akan hilang sedikit demi sedikit. Senang bukan. Selamat mencuba. Dan Sharekan pada orang lain.

Walau bagaimanapun, semuanya adalah kerana kehendak Allah swt jua. Kita hanya berusaha dan berubat. Jika Allah swt hendak menyembuhkan, maka sembuhlah kita walau tanpa ubat dan jika Allah swt mahu kita sakit, maka walau dengan ubat apa sekalipun, kita aka tetap sakit. 



 

Namun demikian, berubat itu adalah sunnah Nabi Muhammad saw, maka berubatlah dengan niat mengikut Sunnah. Dan berubatlah demi untuk lebih membanyakkan lagi amal Soleh agar lebih diredhai oleh Allah swt. 

Tuesday, 19 November 2013

busung katak



Ni adalah salah satu sihir yang agak popular dikalangan orang-orang yang berdendam pada seseorang. Asalkan dapat melepaskan dendam atau rasa sakit hati mereka, busunglah yang dicari bagi mendapatkan kepuasan dengan melihat penderitaan simangsa. Kadang-kadang tu puncanya kecik sangat tapi dibalas dengan sihir busung kerana syaitan dan menguasai hati.


Banyak jugak jenis busung yang saya dah jumpa, antaranya BUSUNG LINTAH, BUSUNG DARAH (HAID) dan BUSUNG KATAK. Saya sendiri pernah mengubati jenis-jenis busung yang dinyatakan ni. Kali ni saya cuma nak terangkan gejala busung katak ni. Dalam pengamatan ilmu saya berdasarkan pengalaman, busung katak ni adalah sihir orang asli. Katak hidup yang ditangkap akan dimatikan dengan cara-cara tertentu, bila katak tu dah mati ia akan dijampi dengan menyeru nama orang yang hendak dituju lalu katak tadi ditiup pada mulutnya menggunakan sebatang buluh kecil. Bila kembung katak tu terisi angin yang ditiup maka orang yang disihir akan mengalami perkara yang sama.

Sewaktu sihir busung katak ni sedang pasang atau menyerang, perut si pesakit akan naik mengembang tangan dan kaki akan membengkok dan betul-betul menyerupai seperti katak yang sedang terlentang. Waktu-waktu biasa pula wajah pesakit akan ditumbuhi bintik-bintik seperti belakang badan katak puru dan berwarna kemerahan. Pesakit tidak akan mempunyai selera makan selama berbulan-bulan tapi hanya minum air saja.



Pesakit yang melihat dirinya dicermin akan merasakan diri begitu hodoh seperti katak dan ini menyebabkan sipesakit lebih suka bermuram, bersedih dan menyendiri. Bila hilang selera pulak membuatkan sipesakit akan menjadi lemah. Kedua-dua unsur ini sebenarnya adalah gejala dari sihir busung tadi agar pesakit lebih mudah dibinasakan dan tak mudah untuk dipulihkan.

Ni sebagai pengenalan kepada sihir busung katak. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan menceritakan pengalaman mengubati pesakit busung katak ni. Sebenarnya pengalaman ni pernah tersiar dalam majalah BIMASAKTI sekitar tahun 1998 ke 2000. Waktu tu saya baru lagi belajar bab mengenal diri dan pernah belajar ilmu perubatan dan silat dari seorang guru silat Aceh Bangau Putih keturunan Daeng Sadeli (@ Daeng Selili) yang saya panggil Abang Arip.

Ni bukan silat bangau putih yang dipersatuankan tu ye. Anak murid Abg Arip ni seluruh Malaysia 3 orang je termasuk saya waktu tu. Kesah saya khatam silat 3 hari pun pernah tersiar di majalah yang sama (BIMASAKTI). Tapi ni bukan nak cerita pasal silat ke apa ni cerita pengenalan tentang sihir busung. Kenapalah kita berperlakuan seolah-olah tak akan mati, tak akan berjumpa Mungkar dan Nakir didalam kubur, seolah-olah tak akan dihimpunankan di Padang Masyar untuk dihisab diakhirat kelak?


Kita orang-orang MELAYU, berpuasa sama-sama sambut raya sama-sama mengaku sebangsa dan seagama. Mengaku kita ISLAM tapi perbuatan, amalan, akhlak dan hati lansung tidak mencerminkan islam, lansung takde Allah dalam hati hingga tergamak mendatangi bomoh-bomoh, dukun-dukun khurafat yang bersekongkol dengan syaitan semata-mata kerana dendam dan nak puaskan hati.

WalLahu A’lam...



Wednesday, 13 November 2013

kencing manis dan cara pemakanan


rakyat Malaysia kebanyakannya menderita penyakit kencing manis. mengapa??? penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat di negara kita kerana tabiat pemakanan yang kurang sihat. siapa yang perlu kita persalahkan? perlukah kita menyalahkan baka? 

ade yang buta-buta menyalahkan baka," keturunan saya memang gemuk-gemuk...tu yang saya pon gemuk" ade jugak yang cakap macamni, " keluarga saya memang ada keturunan penyakit kencing manis ni,so saya pon tergolong sama la..nak buat macam mane kan...."

Diabetes Jenis 1
 
Dalam diabetes jenis 1 (insulin diabetes bergantung), juga dikenali sebagai diabetes awal remaja, pesakit bergantung kepada insulin. Beberapa perkara penting mengenai diabetes jenis 1 ialah -

1. Terdapat biasanya permulaan secara tiba-tiba.
2. Berlaku terutamanya dalam kumpulan umur yang lebih muda.
3. Terdapat ketidakupayaan pankreas untuk menghasilkan jumlah yang cukup insulin. Ini mungkin disebabkan oleh virus atau kerana autoimmunity.
4. Kanak-kanak biasanya berlebihan berat badan.
5. Asidosis adalah perkara biasa.

Diabetes Jenis 2 

Dalam Diabetes Jenis 2 (Bukan insulin kencing manis bergantung), juga dikenali sebagai diabetes awal dewasa, pesakit tidak bergantung kepada insulin. Beberapa perkara penting mengenai diabetes jenis 2 adalah -
1. Ia membangun perlahan-lahan dan biasanya lebih ringan dan lebih stabil.
2. Berlaku terutamanya di kalangan orang dewasa. Wanita yang mempunyai bayi yang besar juga cenderung untuk mendapat diabetes jenis ini.
3. Insulin boleh dihasilkan oleh pankreas tetapi tindakan yang terjejas.
4. Orang yang biasanya berat badan berlebihan.
5. Asidosis adalah jarang.
6. Majoriti pesakit bertambah baik dengan penurunan berat badan dan dikekalkan pada terapi diet.




akibat dari kencing manis

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V


MARI UBAH TABIAT PEMAKANAN KITA!

Rancang Diet Diabetes 

1. Kalori Pemakanan harus 60-70% daripada karbohidrat, 15-20% daripada protein dan 15-25% dari lemak. Jumlah minimum karbohidrat harus 100g untuk mencegah ketosis.
2. Lemak yang tinggi poli asid lemak tak tepu seperti minyak sayuran adalah pilihan (bunga matahari minyak, gingelly minyak, jagung minyak) daripada lemak haiwan dan hidro dijana lemak yang mengandungi lebih banyak Asid lemak tepu. Ikan dan ayam adalah pilihan daripada daging dan telur.
3. Gula ringkas harus dihadkan kerana ia mudah diserap dan mempunyai indeks glisemik tinggi.
4. Gandum adalah pilihan kepada beras kerana ia mengandungi ~ Ascarbose yang membenarkan karbohidrat untuk diserap perlahan-lahan.
5. Pengambilan natrium adalah untuk menjadi tidak lebih daripada 6g harian. Natrium adalah terhad kepada 3g dalam pesakit hipertensi diabetes.




Bezanya Antara Lelaki Dan Wanita


Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
  1. Ibunya
  2. Isterinya
  3. Anak Perempuannya
  4. Saudara Perempuannya
Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:
  1. Suaminya
  2. Ayahnya
  3. Anak lelakinya
  4. Saudara lelakinya
Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:
  1. Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
  2. Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
  3. Taat Kepada Si Suaminya
  4. Menjaga Kehormatan Dirinya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita.. :)
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah. Maka dengan sebab itu, DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing antara lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.
“Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukan-Nya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmat-Nya.
Pada hari itu (Hari Kiamat), manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan anggota badan manusia itu juga menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri..”
~ (Ali-Imran: 103)

Monday, 11 November 2013

apakah Glycemic Index ???

Indeks Glikemik (Glycemic Index = GI) merupakan konsep yang sering dipakai dalam perawatan untuk penderita diabetes, penurunan berat badan danathletic performance. Tujuan utama dalam program diet adalah pembakaran lemak tubuh. Mengikutsertakan makanan GI rendah dalam program diet akan membantu program penurunan berat badan menjadi lebih sehat dan sukses.



Berikut adalah poin-poin penting mengenai konsep GI :
GI hanya dapat dipakai untuk makanan yang berkarbohidrat tinggi
Diet yang sehat menganjurkan asupan gizi yang seimbang (seperti protein, lemak dan karbohidrat). Oleh karena itu, penting sekali untuk memakan makanan yang bervariasi. Nilai GI hanya akan dapat dihitung dari makanan yang tinggi akan karbohidrat. Makanan yang tidak banyak mengandung karbohidrat akan sangat sulit untuk mendapatkan nilai GI.



Makanan rendah karbohidrat
Jenis makanan:
Ayam, Daging, Ikan, Telur, Keju, Kacang-kacangan, Krim, Mentega, Sayuran
Konsep GI tidak ditujukan untuk dilaksanakan secara terpisah
GI tidak menentukan apakah makanan itu baik atau buruk. Akan tetapi, mengetahui nilai GI didalam makanan akan membantu menjalankan program diet yang sedang berjalan. Mengkonsumsi makanan GI rendah tetapi tinggi lemak jenuh tidak berarti makanan itu lebih baik dari makanan GI tinggi. Oleh karena itu, penting sekali untuk turut mengikutsertakan faktor nutrisi lainnya.

Tahukah anda?
Lemak dan gula mempunyai hubungan timbal balik. Makanan rendah gula cenderung tinggi lemak dan begitupula sebaliknya. Diet rendah gula (tinggi lemak) lebih banyak memberikan kerugian dibanding diet tinggi gula (rendah lemak).
Bukan berarti hanya memakan GI rendah
Makanan GI tinggi tetap penting dalam memenuhi kebutuhan gizi sehingga tidak semua makanan di dalam menu harus mempunyai GI rendah. Tetapi hal yang perlu diingat adalah selalu menyertakan makanan GI rendah di dalam setiap menu. Apabila hal ini belun dilakukan, gantilah sebagian sumber karbohidrat yang memiliki GI tinggi ke GI rendah. Contoh, apabila mengkonsumsi kentang dengan GI=90, Anda dapat mengkonsumsi low fat yoghurt dengan GI = 33. Kunci dari diet yang sehat adalah bagaimana anda merencanakan menu makanan anda sehingga asupan gizi seimbang.

Kategori Nilai GI
GI rendah
GI intermediate
GI tinggi < 55
56-69
>70

Tahukah anda?
Studi klinis menunjukkan bahwa makanan GI rendah mempunyai kecenderungan untuk memberikan rasa kenyang lebih lama

GI dan Glycemic Load (GL)
GL digunakan untuk mengetahui efek makanan terhadap level gula darah berdasarkan nilai GI dan jumlah karbohidrat yang terdapat di dalam makanan tersebut. Apabila makanan tersebut memiliki GI tinggi, makanlah dalam jumlah yang lebih sedikit sehingga GL tidak terlalu tinggi.

GL = (GI x g karbohidrat)
Contoh:
Makanan = 1 serving spaghetti (150 g) yang sudah dimasak
Kandungan karbohidrat = 48 g
GI = 44
GL = (44 x 48) = 36

Estimasi GI dalam satu menu/ resep yang terdiri dari kombinasi makanan
Apabila dalam satu kombinasi makanan terdiri dari beberapa sumber karbohidrat, nilai GI tidak dapat dihitung dengan hanya menjumlahkan dan mengambil rata rata dari GI setiap makanan tersebut. Cara yang benar adalah menghitung nilai GI berdasarkan proporsi karbohidrat yang ada.

Contoh:
1 menu terdiri dari ice cream dan beberapa buah peach
GI ice cream = 61
GI peaches = 42
Total karbohidrat = 60 g
Total karbohidrat ice cream = 40 g
Total karbohidrat peach = 20 g

Hitungan:
Proporsi GI ice cream = 61 x 40/60 = 41
Proporsi GI peach = 42 x 20/60 = 14
GI dari menu ini = 14 + 41 = 55

Nilai GI yang ada bukan nilai GI yang fix
Dikarenakan adanya berbagai faktor yang mempengaruhi karakteristik karbohidrat di dalam makanan seperti cara olah makanan (contoh: merebus, menggoreng, fermentasi, dll), nilai GI yang didapat merupakan perkiraan secara kasar. Untuk mendapatkan nilai GI yang pasti benar akan sulit sekali. Bahkan tipe makanan yang sama persis tetapi beda produsennya cenderung mempunyai GI yang berbeda pula. Nilai GI yang ada cukup untuk memberikan gambaran dalam membantu kita menyusun menu makanan.