Sunday, 10 November 2013

bagaimana untuk mengatasi masalah kegemukkan


1) Tidak mengambil langsung atau elakkan daripada mengambil makanan ringan terutamanya makanan bertepung atau mengandungi gula tinggi. Makan setiap tiga jam tapi kenalah menjaga keseimbangan jumlah kalori.

2) Hadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, kentang, ubi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ini bukan bererti langsung tidak boleh mengambil makanan yang berkarbohidrat. Ini kerana badan memerlukan tenaga daripada karbohidrat untuk proses metabolisme dalam badan.

3) Kurangkan makanan daripada sumber protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging.

4) Sentiasa berdisiplin dalam mengatur pola pemakanan dan senaman. Masukkan menu makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan. Dengan mengambil sayuran, ia membuatkan cepat kenyang dan rendah kalori.

5) Amalkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti betik, belimbing, jambu, epal terutamanya sebelum waktu makan.

6) Kurangkan mengambil buah-buahan yang manis seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Ini kerana buah-buahan ini mengandungi banyak fruktosa yang akan menjadi glukosa dalam darah.

7) Untuk mengurangkan rasa lapar, banyakkan minum air putih. Elakkan minum air manis. Mintalah air kosong dari tuan rumah ye.

8) Luangkan masa selama ½ -1 jam untuk melakukan senaman terutamanya regangan. Ini membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal, badan sentiasa sihat dan segar.



Wednesday, 6 November 2013

Jadilah Orang Berilmu dan Jangan Hanya Menjadi Orang yang Pandai Bercakap




Perumpamaan orang yang berilmu dan tidak berilmu ialah seperti tin kosong dan tin yang berisi. Tin kosong apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi yang lebih kuat berbanding tin yang berisi. Benar bukan? Kenapa? Ini kerana tin kosong tidak mempunyai isi dan hanya mengeluarkan bunyinya sahaja kerana tiada isi. Begitulah dengan tin yang berisi, mungkin dia tidak berbunyi atau tidak sekuat berbunyi seperti tin kosong apabila diketuk. Ini kerana ia mempunyai isi yang padat dan tidak dapat mengeluarkan bunyi yang kuat apabila diketuk seperti tin sardin.

Begitulah perumpamaan orang yang berilmu. Orang berilmu ibarat resmi padi. Semakin berisi semakin tunduk dan tidak berdentum-dentum apabila bercakap seolah-olah dia ini lebih bagus ataupun sentiasa betul daripada orang lain. Begitulah perumpaan kata Imam as-Syafie iaitu, “Semakin aku belajar, semakin terserlah kejahilanku.”

Apa yang saya ingin maksudkan di sini adalah sikap sebahagian daripada rakan sosial saya di Facebook. Memang benar, saya suka mengepos mengenai politik. Tetapi ada yang tetamu tidak diundang suka mengepos mesej saya di dinding akaun saya. Apabila berhujah mereka selalunya gagal menjawab soalan yang ditanya dan biasanya mereka menjawab, “Sila rujuk buku Tok Guru.” Saya kekadang malas melayan karenah-karenah yang dangkal ini. Kekadang saya terpaksa membuat semula post saya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa apabila mereka ini kalah di dalam berhujah.

Ada yang menyuruh saya membaca mengenai ‘tahalluf siasi’ dan suruh bertanya apabila terdapat kekeliruan. Apabila saya membaca dan bertanya semula mereka ini gagal menjawab dan memberi jawapan, “Sila baca buku Tok Guru.” walhal mereka ini yang suruh saya membaca dan bertanya apabila tidak faham . Saya merasa sinis dengan mereka ini dan mendakwa mereka ini merupakan ahli Usrah PAS namun gagal menjawab soalan yang dilontarkan. Seolah-olah mereka sahaja yang mengikut gerakan Islam di tanah air ini. Sedarlah saudara bahawa kita ini bukannya pandai sangat cuma hanya berlagak pandai.

Saya berasa kelakar juga dengan sikap ini dengan berdentum-dentum mengutuk kerajaan di dinding (wall) Facebook contohnya kerajaan rasuah, tidak demokratik dan sebagainya. Tetapi apabila ditanya mengenai sesuatu isu mereka akan terus menjawab, “Sila rujuk buku Tok Guru.” Sebab itu, saya mengibaratkan mereka seperti tin kosong yang hanya pandai mengeluarkan bunyi yang kuat dan lunak sahaja.

Bak kata Tun Dr. Mahathir, “ Tepuk dulang paku sepih, Mengata orang awak yang lebih.”

Sekian, terima kasih.



Sunday, 3 November 2013

TESTIMONI BERJAYA


UNTUK DAPATKAN PRODUK INI SILA HUBUNGI KAMI DITALIAN TERTERA
TERIMA KASIH PADA YANG SENTIASA MENYOKONG KAMI 
TQ



Tuesday, 29 October 2013

PEMAKANAN SEIMBANG KAWAL RISIKO DIABETES



Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan

karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. 


Susu

Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 

Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal

Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 

Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 

Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES

Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 

PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES

Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 

Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad.


Saturday, 26 October 2013

Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina



1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.

Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini. 

Thursday, 24 October 2013

SIHIR


Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan syaitan atau jin. Jin dan syaitan tidak akan membantu manusia melainkan manusia sanggup melakukan kederhakaan kepada Allah seperti membuat perkara-perkara syirik atau skurang-kurangnya menghina al-Quran atau agama Islam.

 Sihir ialah satu perkara yang luarbiasa atau menyalahi adat. Ia dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina dan bangsa.
    Sihir hanya akan berlaku sekiranya ada persepakatan di antara manusia dengan jin atau syaitan. Ia biasanya digelar dengan nama ilmu hitam kerana tujuannya adalah untuk kejahatan. Jin atau syaitan tidak akan bekerjasama dengan manusia melainkan atas dasar kejahatan !

    Kejahatan yang dimaksudkan ialah untuk menganaiya manusia atau mendatangkan kemudharatan kepada sesiapa yang dikehendaki. Sihir akan berleluasa apabila wujudnya sifat dengki, irihati, dendam kesumat ke atas orang lain sesuai dengan sifat jin dan syaitan yang sukakan pergaduahan dan perbalahan di kalangan manusia.

   Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisi, sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.

   Sheikh Wahid Abdul Salam al-Baly dalam kitabnya "Wiqayah al-Insan Min al-Jin wa al-Syaitan
 وقاية الإنسـان من الجن والشــيطان" menjelaskan bahawa sihir ialah hasil kesepakatan di antara penyihir dan syaitan. Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan-perbuatan yang diharamkam atau perkara yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan kepadanya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diingininya.

Wednesday, 23 October 2013

Buah dari Syurga untuk Seluruh Manusia


Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang memancar (tanpa henti memancutkan airnya).
Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu yang kamu hendak dustakan?
Di dalam keduanya ada terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma serta delima. arRahman 66-68

 

Anugerah Allah kepada manusia.dan buah ini telah digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pokoknya boleh tumbuh dan hidup di mana sahaja walaupun pada suhu -10c dan dikawasan yang tidak subur. Pada masa kini masyarakat sudah tidak lagi menggunakannya sebagai sumber kesihatan setelah ubatan kimia menjadi dominan. Hanya sedikit dari kita yang benar-benar tahu mengenai kehebatan dan khasiat keseluruhan bahagian pokok dan buah ini.

Ulama terdahulu mengangkat pemakanan buah ini sebagai sunnah Rasulullah saw dan berusaha menanam pokoknya di halaman rumah. Akhirnya ia tidak lagi menjadi amalan setelah maklumat mengenainya semakin hilang. Buah ini mempunyai nama yang cukup istimewa iaitu Delima.

ANATARA 7 FAEDAH MEMAKAN BUAH DELIMA 

1 .Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

2. Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin


Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima,” kata penyelidik.

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama tiga bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

3.Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung


Meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga mengandungi ‘ptassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Jus delima dapat membantu untuk menda­patkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan ketidak­cukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

4.Delima Melawan Kanser Payudara


Kajian Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

5.Delima Melawan Penyakit Jantung


Jus delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

6.Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asma dan lelah.

7. Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol

Jus delima akan membantu mening­katkan tahap kolesterol yang baik di samping menurunkan kolesterol yang buruk. Tahap kolesterol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.